Tuesday 23 August 2011

Tawakal itu Indah

As Salam semua.

Akhirnya dapat juga aku meluangkan masa untuk post topik hari ni. Setelah penat balik dari out station. Ramai yang komen dan berkongsi pengalaman di blog ini sejak akhir-akhir ini. Harapanku semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Ramai bertanya dari mana aku mendapat kekuatan untuk menghadapi penyakit ini?
Sudah tentulah dari Allah. Sebelum aku dapat menerima hakikat tentang penyakit ini, aku sering menangis dan mengeluh, kenapa aku yang diberikan penyakit ini, sedangkan ramai wanita diluar sana yang sepatutnya lebih layak untuk menerimanya. Aku merasakan Allah itu tidak adil. Tapi suamiku sering mengingatkan aku dan akan memarahiku sekiranya aku mengeluh sedemikian. Suamiku merupakan orang yang dapat memahamkan aku tentang apa itu dugaan. Dari nasihat dan perangsangnya aku mula menghayati dugaan hidup. Dia sering kata, penyakit yang aku alami sekarang ni merupakan dugaan dari Allah, sekiranya aku tidak dapat menerimanya maka aku akan berdosa. Ayat yang paling aku ingati ‘sayang, baik-baik dapat pahala sebab penyakit ni, jadi dapat dosa sebab tak redha, kena banyak selawat dan zikir, semoga Allah akan permudahkan semuanya. Allah pasti nak bagi sesuatu pada kite selepas ini’. Ayat itulah yang membuatkan aku selalu berfikir.
Kekuatan dan ketabahan ku banyak disokong oleh suami tercinta. Aku tak pernah tengok dia mengeluh menjagaku, menangis atau menyakitkan hatiku sepanjang tempoh aku sakit. Setiap hari pastinya hanya sokongan dan kata-kata perangsang serta doanya yang tidak putus agar aku cepat sembuh. Walaupun aku tahu dia sedih dan mungkin pernah menangis dibelakangku, tapi dia tak kan tunjukkan agar aku juga kuat menghadapi seperti dia. 
Sememangnya benar, ubat yang paling mujarab bagi setiap penyakit adalah kekuatan, perangsang dan sentiasa positif. Bagi anda diluar sana yang menghadapi masalah sepertiku, tabahkan hati anda dengan berzikir, berselawat dan tahajud. Penyakit yang kita alami ini sebenarnya akan mendekatkan kita kepada Allah. Mungkin sebelum ni kita lalai, muhasabah adalah jalan terbaik. Sekiranya suami anda tidak memberi sokongan di saat ini jangan putus asa, kerana ada ramai wanita diluar sana yang akan memberi sokongan.
Buat suamiku… terima kasih diatas pengorbananmu. Doakan umi jadi isteri yang solehah dan sihat untuk meneruskan dan berkongsi hidup didunia dan diakhirat bersama babah…..
Apapun dalam hidup ni sentiasalah tawakal. Dugaan allah bermakna Dia sentiasa melihat kita. Itu saja untuk hari ni, bersambung untuk mengetahui bagaimana Allah murahkan rezekiku…


My Hero





No comments:

Post a Comment