Tuesday, 2 July 2013

AYRISH SYUHADA

Assalamualaikum.
Alhamdulilah...setelah 7 tahun, akhirnya Allah permudahkan rezeki kami untuk mendapat seprang lagi permata hati. Semoga sentiasa sihat, dan diberi keberkatan dunia dan akhirat.


In sha Allah ada masa nanti update lagi. Maaf saya belum berkesempatan untuk menjawab beberapa soalan dari anda semua. nanti saya jawab ya. terima kasih atas sokongan dan doa kalian.

Thursday, 27 October 2011

Rebutlah beramal di bulan Zulhijah...

"Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga”  (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?
1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)
2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab: 
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”  (HR Muslim)
3.  Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha”  -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”  -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”  -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
ALLAHU A`LAM.


http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=9877

Tuesday, 23 August 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum...
Selamat datang ke blog baru saya. sebelum ni blog saya di sini, disebabkan wordpress agak sukar untuk dikelola, jadi sy tukar ke blogspot. Sebenarnya dah lama menulis tapi tak berapa aktif disebabkan kesibukan. Diharapkan perkongsiaan ini mampu membantu kepada mereka yang ingin mengetahui lebih tentang pengalaman penyakit kanser payudara khasnya.

Berita Gembira

Assalamualaikum semua…
Hari Selasa (23/11/2010) seperti biasa aku ada appoitment di pakar Ginekologi, Hospital Sultan Ismail JB. ramainya orang…………. sampai giliran aku dah pukul 1 pm.
Jumpa doktor, buat pemeriksaan then doktor kata :
Doktor : ok puan, hari ni discharge dari unit ni…..so mulai hari ni follow up di HBP shj.
aku : ok…so sy dh tak perlu datang sini lagi la
Doktor : tak perlu….kecuali ada kes lagi, tapi isnyaallah dah pulih sepenuhnya.
aku : sampai bila saya kena makan ubat lagi (tamoxifen)?
Doktor : ok…emmm…sampai Nov 2011, lps tu dah boleh plan untuk pregnant.
aku : boleh ke?
Doktor : takde masalah?
Aku : Risiko ?
Doktor : 50-50, tapi biasanya takde masalah sebab tahap kesihatan setakat ni (setelah 6 tahun) ok.
aku : alhamdulillah (tak sabar nak bagitau babah), terima kasih.
Inilah berita gembiranya…akhirnya Allah memberi satu lagi rahmat dalam kehidupan kami sekeluarga walaupun hambamu ini sering melakukan dosa, ya Allah. Aku benar-benar bersyukur dengan rahmatmu ini. Sekiranya ditakdirkan Engkau memberikan lagi zuriat kepada ku…..Alhamdulillah. So mulai 2012 aku dah boleh plan utk pregnant. kalau ada rezeki……itu semua ketentuan Allah. Kita hanya merancang.
Untuk pengetahuan semua, setiap 4-6 bulan sekali aku akan membuat pemeriksaan susulan di HSI JB dan pakar 2 HBP. selama 6 tahun ini. sekarang ni 1 tahun sekali buat mamogram. Setakat pemeriksaan keseluruhan tahap kesihatan pada tahun ini didapati tiada lagi sebarang tanda-tanda sel kanser aktif dalam badanku. Bagi pesakit kanser selepas 5 tahun kena buat pemeriksaan keseluruhan bagi memastikan sel kanser ada lagi @ tidak. Alhamdulillah….sekarang ni aku harus meneruskan tabiat makan makanan yg sihat mcm biasa.
semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik kepadaku dan keluargaku. Amiiinnn….

Makanan Tambahan

Salam semua…..
Makanan tambahan atau supplemen ni penting juga la bagi aku sekarang ni, sebab lepas menjalani kimiterapi dulu badan terlalu lemah, so aku perlukan satu supplemen yg boleh bantu aku untuk melaksanakan kerja harian. so aku terjumpa multivitamin Daily (Amway). sampai sekarang aku ambik. memang bagus la kesannya pada aku, tak rasa letih, bangun pagi segar jer, lps tu senang nak buang toksid-toksid dalam badan aku, lepas tu jarang dapat demam atau sakit2 lain la. kiranya antibodi makin kuat. Alhamdulilah……
Selain tu sekarang ni aku makan habastus Sauda sama ada dlm bentuk minyak atau kapsul. so, aku percaya makanan ni dpt membantu menentang sel kanser dan meningkat tahap antibodi yg diperlukan oleh badan kita. aku banyak amalkan pemakanan yg disyorkan dlm Islam, so tak ragu-ragu la kan. Aku juga selalu makan madu, kismis, kurma dan sayuran2 organik….. satu lagi aku amalkan minum minyak kelapa dara. mmg banyak la kebaikan minyak ni. nanti aku share apa kebaikannya di entry lain ya..
Bagi yg sekarang ni dalam proses rawatan atau sedang berhadapan dengan penyakit kanser ini, jangan panik (walaupun hakikatnya kita takut), sbb setiap penyakit kita kena lawan dengan semangat. kerana kalau semangat kita lebih kuat dari penyakit kita, insyaalah kita akan sembuh. banyakkan berzikir dan mohon doa kepada Allah dipermudahkan segala urusan rawatan kita, insyaallah akan dibantu dan sentiasa mendapat pertolongan di saat kita memerlukan.aku sedia menjadi rakan-rakan yg senasib…boleh berjumpa saya di facebook @ email : wazierasid@yahoo.com. untk berkongsi atau meluahkan perasaan setakat yg termampu aku tolong.
Salam jumpa lagi…..

Tawakal itu Indah

As Salam semua.

Akhirnya dapat juga aku meluangkan masa untuk post topik hari ni. Setelah penat balik dari out station. Ramai yang komen dan berkongsi pengalaman di blog ini sejak akhir-akhir ini. Harapanku semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Ramai bertanya dari mana aku mendapat kekuatan untuk menghadapi penyakit ini?
Sudah tentulah dari Allah. Sebelum aku dapat menerima hakikat tentang penyakit ini, aku sering menangis dan mengeluh, kenapa aku yang diberikan penyakit ini, sedangkan ramai wanita diluar sana yang sepatutnya lebih layak untuk menerimanya. Aku merasakan Allah itu tidak adil. Tapi suamiku sering mengingatkan aku dan akan memarahiku sekiranya aku mengeluh sedemikian. Suamiku merupakan orang yang dapat memahamkan aku tentang apa itu dugaan. Dari nasihat dan perangsangnya aku mula menghayati dugaan hidup. Dia sering kata, penyakit yang aku alami sekarang ni merupakan dugaan dari Allah, sekiranya aku tidak dapat menerimanya maka aku akan berdosa. Ayat yang paling aku ingati ‘sayang, baik-baik dapat pahala sebab penyakit ni, jadi dapat dosa sebab tak redha, kena banyak selawat dan zikir, semoga Allah akan permudahkan semuanya. Allah pasti nak bagi sesuatu pada kite selepas ini’. Ayat itulah yang membuatkan aku selalu berfikir.
Kekuatan dan ketabahan ku banyak disokong oleh suami tercinta. Aku tak pernah tengok dia mengeluh menjagaku, menangis atau menyakitkan hatiku sepanjang tempoh aku sakit. Setiap hari pastinya hanya sokongan dan kata-kata perangsang serta doanya yang tidak putus agar aku cepat sembuh. Walaupun aku tahu dia sedih dan mungkin pernah menangis dibelakangku, tapi dia tak kan tunjukkan agar aku juga kuat menghadapi seperti dia. 
Sememangnya benar, ubat yang paling mujarab bagi setiap penyakit adalah kekuatan, perangsang dan sentiasa positif. Bagi anda diluar sana yang menghadapi masalah sepertiku, tabahkan hati anda dengan berzikir, berselawat dan tahajud. Penyakit yang kita alami ini sebenarnya akan mendekatkan kita kepada Allah. Mungkin sebelum ni kita lalai, muhasabah adalah jalan terbaik. Sekiranya suami anda tidak memberi sokongan di saat ini jangan putus asa, kerana ada ramai wanita diluar sana yang akan memberi sokongan.
Buat suamiku… terima kasih diatas pengorbananmu. Doakan umi jadi isteri yang solehah dan sihat untuk meneruskan dan berkongsi hidup didunia dan diakhirat bersama babah…..
Apapun dalam hidup ni sentiasalah tawakal. Dugaan allah bermakna Dia sentiasa melihat kita. Itu saja untuk hari ni, bersambung untuk mengetahui bagaimana Allah murahkan rezekiku…


My Hero





Alhamdulillah

Setiap hari aku akan sentiasa mengingatkan diri ini agar sentiasa mensyukuri apa yang ada di dalam hidup ini. Selepas pengalaman ‘mati hidup semula’ ini terjadi dalam hidupku, aku akan cuba selalu menghargai  dan buat yang terbaik sepanjang hari, kerana kita tidak tahu apa kan terjadi pada keesokannya..
Ok aku sambung cerita tentang rawatan seterusnya. Selepas habis cycle kimoterapi ke-6, aku telah diarahkan untuk menjalani rawatan Radioterapi di Hospital Besar Melaka. Setelah mendaftar diri, aku ditempatkan di Mahkota Medical Centre. Doktor beritahu rawatan ini memerlukan aku sentiasa berulang-alik ke hospital setiap hari. Jadi aku tinggal di rumah sepupu di Batu Berendam.
Rawatan Radioterapi ialah rawatan menggunakan laser yang dipancarkan dari satu alat macam X-ray tepat ke kawasan payudara yang terkena kanser. Rawatan ni tujuannya untuk mematikan sel kanser di tempat yang tertentu. Selepas siap pemeriksaan doktor mengesahkan aku memerlukan 25 kali rawatan, bermakna 25 hari aku perlu ulang-alik hospital (tidak termasuk Sabtu dan Ahad).
Tapi aku bersyukur sebab aku masih ada kemampuan untuk drive sendiri tanpa ditemani suami, sebab suami kat batu pahat, jadi aku kena berdikari.  Semasa rawatan aku ditempatkan di dalam satu bilik yang terletak dibawah tanah bangunan hospital itu. Suasananya seperti kita masuk dalam bilik x-ray. Sekali rawatan lebih kurang 5 minit sahaja dan tidak menyakitkan. Lepas tu boleh balik.
Semasa menjalani rawatan ni, pelbagai kes kanser aku dapat tengok. Kebanyakannya wanita yang ada kanser rahim. Walaupun ramai yang dah berusia, tapi aku tengok diaorang macam sihat-sihat je, ini yang membuatkan aku macam bersemangat, sebab aku yang paling muda mendapat rawatan disitu. Dari situ aku bertukar-tukar cerita dan pengalaman diaorang menghadapi kanser, terutamanya tentang pemakanan.
Disini aku berkongsi sedikit info dari laman wen MAKNA (Majlis Kanser Negara) tentang pemakanan :
Points to Remember

* A healthy diet plus exercises can reduce your cancer risk by 30-40 %!
* Increase your fruit and vegetable intake, because our health is determined as much by what we       don’t eat as by what we do eat!
*Maintain a healthy weight, because obesity is strongly linked to cancers of the colon, gallbladder,       prostate and cancer of the breast in postmenopausal women!

Lagi satu jangan makan organ dalaman haiwan. Ia juga boleh menyebabkan kanser kerana organ dalaman ni mengandungi toksid yang tinggi selain dari itu ELAKKAN:
  • minuman bergas
  • Makanan dalam tin
  • makanan yang ada pengawet, pewarna dan perasa
  • daging berwarna merah
  • minuman yang berklorin
Dipendekkan cerita makan makanan yang segar-segar, bebas dari racun (serangga) dan tanpa klorin. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bebas racun.
Ini sahaja untuk kali ini.. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua diluar sana. Post akan datang kita akan bercerita tentang aku disahkan mengandung….wasalam